Sejarah roda Roda

Lukisan tentang pedati onager pada "panji-panji perang Ur" Sumer (k.k. 2600 SM)Roda berjejari yang dipamerkan di Muzium Nasional Iran, Tehran. Roda ini yang diekskavasi di Choqa Zanbil wujud sejak dari akhir milenium ke-2 SM.

Menurut kebanyakan sumber yang berwibawa, roda pada asalnya direka di Mesopotamia kuno untuk dipergunakan sebagai peroda tembikar pada tahun 3000 SM. Roda juga mungkin direka secara berasingan di China sejak dari sekitar 2800 SM. Ia juga dipercayai direka pada zaman India kuno. Walaupun Inka dan sesetengah budaya hemisfera barat tidak mengembangkan roda dengan sepenuhnya, budaya-budaya ini kelihatan mendekati konsep roda. Tanggapan ini berdasarkan penemuan batu-batu bak roda pada objek-objek yang dikenal pasti sebagai mainan kanak-kanak yang telah wujud sejak dari sekitar 1500 SM lagi. Bagaimanapun, roda tidak diketahui di Afrika sub-Sahara, Australia, dan benua Amerika sehingga hubungan-hubungan yang agak baru dengan orang Eurasia.

Justera itu, perekaan roda bolehlah dikatakan berlaku pada akhir Zaman Neolitik, sehubungan dengan kemajuan-kemajuan teknologi yang lain yang melahirkan Zaman Gangsa Awal. Perhatikanlah bahawa ini membayangkan banyak milenium tanpa roda, walaupun pertanian telah diperkenalkan. Roda-roda yang awal merupakan cakera kayu yang mudah, dengan satu lubang untuk gandarnya.

Roda berjejari direka jauh lebih kemudian, dan membenarkan pembinaan kenderaan-kenderaan yang lebih ringan dan lebih laju. Contoh-contohnya yang paling awal boleh didapati dalam kebudayaan Andronovo yang wujud sejak dari kira-kira 2000 SM (sila lihat rata). Rata-rata Celt yang mempunyai rim besi di sekeliling rodanya wujud sejak dari milenium ke-1 SM. Roda berjejari telah digunakan tanpa banyak pengubahsuaian sehingga awal abad ke-20.

Pada bulan Julai 2001, roda menjadi sebuah objek paten yang inovatif tetapi tidak bersifat rekaan. Dipatenkan sebagai sebuah "peranti pemudahan pengangkutan bulatan", paten tersebut diperoleh oleh John Keogh, seorang peguam dari Melbourne, Australia, semata-mata untuk membuktikan ketidakadilan dan ketidaktepatan sistem paten moden.